Monday, February 28, 2022

Jangan Pangku Budak-budak!

Di sini, sukar sekali merasai kasih sayang antara guru dengan anak-anak. Masih jelas di ingatan bagaimana Cikgu Nora melarang aku memangku Azhar dan membelainya setiap kali selepas waktu Asar hingga Azhar tidur.

“Cikgu, jangan pangku budak-budak, Puan Bad tak bagi buat begitu.”

“Kenapa pula? Salah ke? Aku bingung. Azhar baru berusia empat tahun. Dia mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan gemar datang kepadaku untuk berbual-bual. Biasanya, Azhar akan baring di pangkuanku lalu aku mendodoikannya hingga dia tidur. Sudahlah mereka ini sering dimarahi, nak bermanja dengan cikgu pun dilarang. Dadaku mula panas.

“Puan Bad tak bagi budak-budak ni rapat dengan semua cikgu. Bimbang nanti manja sangat dengan kita.”

“Jadi apa masalahnya kalu budak-budak rapat dengan cikgu? Bukankah kita ini pengganti ayah ibu mereka di siang hari? Memang tugas kita untuk memanjakan mereka. Budak-budak ini berpisah dari ayah ibu mereka sekurang-kurangnya 10 jam sehari. Kita, kita sebagai cikgu inilah yang bertanggungjawab mendidik mereka.”

Kepala dan dadaku terasa panas selepas berkata demikian kepada Cikgu Nora. Hatiku sangat luka mengenangkan ayah ibu yang berhempas pulas mencari rezeki, menghantar anak kesayangan ke Tadika Murni, pastinya dengan harapan tinggi agar anak mereka dijaga dengan baik.

Alangkah hibanya hati mengenangkan semua kebejatan ini. Aku melaluinya setiap hari, namun aku terlalu takut untuk menegur perbuatan Puan Bad dan cikgu-cikgu yang sudah mengikut acuan majikannya.

“Saya perasan cikgu menangis di tadika tadi,” whatsapp Cikgu Siti menjengah ketika hampir tengah malam.

“Yes, I did. I was so hurt because someone told me I’m not suppose to love the kids. Im not suppose to put them to sleep after Asar on my lap. Budak umur 4 tahun tak perlulah takut rezeki jadi mahal kalau tidur lepas Asar.”

“Cikgu dah dapat kerja lain?”

“Belum.”

Soalan ini sering mengundang kesedihan. Pantas terbayang indahnya bilik korporatku dan enaknya duduk di kerusi empuk, seharian menghadap komputer.

“Rezeki ada di mana-mana cikgu, bukan di tadika ini sahaja. Cikgu berhentilah dahulu, kemudian carilah kerja lain,” pujuk Cikgu Siti.

I don’t know why I’m so scared to leave this place. Maybe I’m not scared, maybe it’s my financial responsibilities towards my family.

Kalau aku tinggalkan tadika ini, siapa yang akan menjaga anak-anak muridku? Aku tidak mahu Puan Bad mengambil alih kelasku kerana mereka pasti akan diperlakukan sesuka hati.

I cried myself to sleep, every single night.

Sunday, February 27, 2022

Adab bersosial




Yang tua, jangan fikir punyai lesen besar untuk bertanya dan menghina.


Jangan ditanya “berapa gaji kamu?” “Tukarlah kereta baru.”

Jangan dikomen “kamu dah gemuk, eeee kenapa makin gemuk.”

Jangan body shaming wahai kawan-kawan!

Yang muda, telan sahaja kata-kata pedas orang tua.

Jika ingin mempertahankan pendapat, buat dengan penuh gaya dan ada kelas.


Video disalin dari FB John Moreno.

Tolong Kami Lari Dari Sini

 

Tanpaku sangka, Cikgu Aini dan Cikgu Nora sudah sangat tertekan dengan kerenah Puan Bad. They have been working long hours with only 1.5 rest day.


"Puan Bad terlalu mengongkong kami. Hendak ke Uptown di hadapan rumah pun perlu dapat izinnya. Dia beri amaran agar tidak keluar dengan teman lelaki. Setiap hari Isnin dia akan lihat rakaman CCTV tadika untuk pastikan kami tidak berpeleseran dengan lelaki. Kami sangat stress. Tidak bebas rasanya."

Aku terdiam. This adds to my existing depression. They are young girls, only 21 years old. Of course they need to window shop or explore the town. Cukup-cukuplah dengan kerja dari selepas subuh hingga hampir maghrib, berilah mereka kebebasan melihat bandar Kuala Lumpur.

"Boleh saya tumpangkan beg ini di rumah cikgu?"
Mereka benar-benar nekad melarikan diri dari Tadika Murni. Tiada perbincangan secara baik dengan Puan Bad, kerana pasti Puan akan marah dan tidak izinkan mereka berhenti kerja.

"Boleh. Tapi bagaimana Cikgu nak lari?"
"Kami dah rancang dengan baik. Cikgu jangan risau. Tumpangkan beg kami sahaja."

Sungguh. Mereka keluar pada petang hari Ahad, pergi tak kembali.

Keesokan harinya, gempar akan 'kehilangan' dua orang guru Tadika Murni.

Cikgu Siti ketakutan kerana sudah disoal siasat oleh Puan Bad. Sebenarnya, aku sudah berkongsi rancangan mereka melarikan diri dengan Cikgu Siti lebih awal.

Selepas solat Zuhur, Puan Bad memanggil aku ke biliknya. Beliau menunjukkan rakaman CCTV yang diambil pada petang Ahad.
Jelas kelihatan aku keluar dari kereta dan mengambil beg Cikgu Nora dan memasukkannya ke dalam bonet kereta.

"Awak tolong mereka itu lari dari sini?" Tinggi dan keras suara Puan Bad.
"Tak Puan. Saya ambil baju-baju lama dari Cikgu Nora untuk anak perempuan saya." Meluncur laju pula idea untuk menyelamatkan diriku.

"Saya nampak macam awak tolong mereka lari dari sini. Apa masalah awak sampai awak sanggup bersubahat dengan mereka? Saya akan laporkan perkara ini kepada polis."

Aku langsung tidak takut dengan ugutan Puan Bad. Silakan buat laporan polis. Silakan libatkan pihak polis. Semoga polis akan semak rakaman CCTV dan nampak bagaimana Puan Bad memukul anak-anak muridnya sendiri.

I kid you not.

Panduan Memilih Tadika #3

 


Lihat persekitaran tadika. Pastikan ada kawasan lapang untuk anak-anak bermain atau sekurang-kurang bebas berlari.
.
Tadika adalah tempat mereka "enjoy" proses pembelajaran, bukan semata-mata membaca buku.
.
Biarkan mereka bermai, bertengkar, bertukar pendapat, berkongsi barang-barang dan menangis.
.
Biarkan mereka sendiri menangani masalah yang timbul, cikgu-cikgu hanya perlu pantau dan beri panduan.

Panduan Memilih Tadika #2

 



Tanyakan kepada pengusaha tadika, sekiranya anak-anak "tantrum" atau menangis, apakah yang akan cikgu-cikgu lakukan?
.
Kaedah menangani "tantrum" anak-anak perlu kepada ilmu dan naluri kemanusiaan.
.
Jika kurang ilmu "early childhood" tidak menjadi masalah, asalkan ada belas kasihan terhadap anak kecil.

Panduan Memilih Tadika #1

 



Jangan terlalu percaya kepada pengusaha tadika yang tampil dengan imej muslimah.
.
Jubah tebal dan tudung labuh si pengusaha tidak menjamin keselamatan anak-anak kita di tadika.
.
Mulut manis, bercakap hal ehwal Islam dan 'sayang kanak-kanak' boleh dilakonkan dengan spontan.
.
Sebaik sahaja ibu bapa pulang, anak itu adalah 'kepunyaan' Tadika Murni dan diperlakukan sesuka hati oleh Puan Bad dan konco-konconya.

This is my first hand experience.

Cikgu Tak Ajar Ke?

 Cikgu Siti : “Cikgu tak cari kerja lain ke?”


Yours truly : “Saya dah cari di merata tempat, satu pun belum dapat lagi, mungkin kerana saya dah tua."

Cikgu Siti : “Tapi Cikgu banyak pengalaman. Mesti senang dapat kerja dan gaji yang lebih besar. Saya tak sangka Teacher sanggup kerja di sini. Tadika ini tak sesuai untuk Cikgu.”

Malam itu, aku memberanikan diri menghantar mesej kepada Cikgu Siti, kerani di Tadika Murni. Dia meluahkan perasaannya yang sangat tertekan bekerja dengan Puan Bad.

Aku pula semakin bingung kerana masih tiada tawaran bekerja. How I miss my own big room, my very own white table and my leather chair. Bilikku sentiasa sejuk dan nyaman berbanding tadika yang sentiasa meleleh peluh kerana tiada pendingin hawa.

Puan Bad : “Cikgu, kenapa Iman masih belum boleh membaca? Cikgu tak ajar dia ke?”

Yours truly : “Dia masih belum biasa dengan kaedah yang saya gunakan. Saya gunakan kaedah fonik. Iman masih di Buku 1 tetapi nampaknya dia bersemangat nak belajar.”

Puan Bad : “Cikgu tak ajar dia mengeja kah? Macam mana budak-budak ni nak pandai? Tak payahlah cikgu ajar guna fonik. Lambat sangat budak-budak nak faham.”

Yours truly : “Fonik lebih mudah faham, Puan. Dan kanak-kanak boleh ‘enjoy’ sambil membunyikan suku kata. Bila mereka ‘enjoy’, mereka tidak stress dan mudah ingat. Saya nak cadangkan semua guru di tadika ini gunakan kaedah fonik.”

Puan Bad : “Baik. Saya bagi Cikgu 2 bulan untuk buktikan kaedah ini lebih bagus dari mengeja. Kalau Cikgu berjaya, barulah saya percaya cakap Cikgu.”

Yours Truly : “Saya tak boleh buat seorang diri, Puan. Dan saya perlu hadiri beberapa siri ‘training’ supaya saya boleh kongsi cara yang betul.”
.
Puan Bad : “Buatlah dulu. Saya tak pernah hantar cikgu-cikgu pergi training.”

Yours truly : “Puan, kita tak boleh paksa budak-budak ni membaca. Pada umur 4 tahun, perkembangan otaknya tak sama dengan otak budak 6 tahun.”

“Macam ni Puan, kita ambil contoh anak umur 2 tahun. Kita tahu keupayaan kaki dan tangannya. Kita tak boleh suruh dia berlari tawaf satu padang. Begitu juga otak dia, Puan.”

Masam muka Puan Bad. Puas hatiku dapat ‘sekolahkan’ si tua di hadapanku ini.

Puan Bad : “Awak nak mengajar saya ke? Sekarang saya nak tanya cikgu. Tadika Murni ni siapa yang punya?”

Sungguh tidak ku jangka akan diajukan dengan soalan begini.

Puan Bad : “Jawab! Tadika Murni siapa punya?”

Yours truly : “Puan Bad yang punya. Tangan dan kakiku terasa sejuk. Bulu romaku meremang.”

Puan Bad : “Kalau dah faham begitu, ikut cakap saya.”

Malam itu aku mencurahkan perasaan kepada Cikgu Siti melalui whatsapp. Kami berkongsi rasa.

Yours truly : “Saya rindukan suasana korporat. Saya tak suka mengajar.”

Cikgu Siti : “Saya pun tak sangka cikgu sanggup kerja di sini. Cikgu kan seorang sekretari? Kenapa cikgu kerja di sini?”

Yours truly : “Saya perlu menyara kehidupan keluarga.”

Cikgu Siti : Tapi cikgu, Puan Bad selalu puji-puji cikgu. Dia kata cikgu bagus mengajar, dan budak-budak pun sukakan cikgu. Cikgu ni bagus. Jadi sekretari boleh, mengajar pun orang suka.

Tidurku semakin terganggu. Imej Puan Bad memukul kanak-kanak, pembantu tadika memaksa anak-anak makan sayur, hinaan, ejekan, “body shaming” tangisan dan wajah anak-anak yang ketakutan, terpampang jelas di mataku hingga hampir waktu subuh.

Mental dan fizikalku semakin sakit.

 "Makanlah roti awak tu, jangan terkebil-kebil depan rezeki!” Puan Bad memarahi Afrina kerana tidak mahu makan roti yang dibekalkan oleh ibunya. Cikgu Intan penyokong tegar Puan Bad mencebik-cebik mukanya. Mengapa dia pula yang terkesan dengan situasi ini, aku tidak faham.

 

“Afrina, makanlah. Gigit sedikit sahaja pun tak apa, asalkan tak kena marah. Makanlah.” Aku berbisik kepada Afrina. Aku sudah membayangkan Puan Bad akan naik angin sebentar lagi.

 

Anak itu masih merenung sahaja roti yang disapu mentega kacang. Aku tahu dia tiada selera makan kerana sudah biasa dibekalkan nasi lemak, mihun goreng atau pau pedas.

 

"Makan cepat, jangan buang masa. Kenapa awak ni?” Puan Bad sudah naik berang dan menampar lengan Afrina.

 

Afrina tunduk sahaja menahan sakit, langsung tidak menangis.

 

Dadaku terasa panas. Kerongkongku terasa dicucuk-cucuk kerana menahan marah dan kesedihan. Air mata ku mengalir perlahan.

 

Puan Bad dan Cikgu Intan berlalu dengan angkuh.

 

Mengapa aku tidak melawan kegilaan Puan Bad?  Mengapa aku melihat sahaja perlakuannya?

 


Tak Hafal Sifir?

 



Di atas meja Puan Bad ada sebuah bekas pensil bersaiz sederhana besar. Di tengah-tengah susunan pensil dan dua batang pen, terdapat sebatang kayu kecil.

Aku tidak pernah ambil tahu apa fungsi kayu tersebut, sehinggalah pada satu hari Puan Bad menggunakan kayu itu untuk memukul Nawfal yang enggan masuk ke dalam kelas.
Bagaimana harus aku bertahan? Aku sudah menegurnya dengan cara baik, tetapi disanggah pula. Kebanyakan cikgu juga berpihak kepada Puan Bad. Bagi mereka, jerit, ugut, bentak, marah adalah cara terbaik untuk mendidik.
Wajah Puan Bad sering mengganggu tidur hingga bacaan darahku naik akibat kurang tidur. Aku takut untuk pergi kerja tetapi aku perlu kental kerana inilah sahaja punca pendapatanku.
“Puan kerja sebagai apa? Tinggi sangat bacaan darah puan, sudah 3 minggu berturut bacaan tetap sama.”
“Puan, bacaan 180/90 secara konsisten sangat tidak baik.”
“Puan ada pening kepala atau muntah-muntah?”
.
Bertalu-talu pertanyaan doktor.
Aku menghela nafas.
“I’m a kindy teacher. I work long hours and my job is very stressful. I feel my head is cracking, sometimes it feels like ants are all over my head.”
“You need help Puan. I’ll give you 3 days medical leave. You need a lot of rest.”
“No doctor. I can’t afford to take leave. If I’m not around, my superior will take over my class and she will beat my students. I don’t want that to happen.”
Sepanjang 18 bulan aku bekerja di situ, tidak pernah aku mengambil cuti walaupun separuh hari. Aku perlu melindungi anak-anak muridku dari dipukul oleh Puan Bad.

“Aiman, baca sifir 2 sekarang.” Puan Bad sudah mula mahu menguji hafalan murid berumur 6 tahun.
Aiman membaca dengan tergagap-gagap kerana dia adalah murid baru dan belum hafal sifir.
“Apa? Tak tahu? Dah besar pun tak hafal lagi?”

Serentak dengan itu Puan Bad menampar pipi Aiman kiri dan kanan hingga Aiman menangis kesakitan.

Aku hanya mampu melihat Aiman menganga-nganga menahan sakit. Air mataku laju mengalir melihat Aiman menangis.

Aku tidak mampu bangun walaupun selangkah.
Pada ketika itu, aku harap Puan Bad segera mati.

Ikut Cakap Saya

 



Selepas mandi dan solat Asar, semua murid tadika akan bersila menonton televisyen. Cara guru-guru di sini memanggil mereka dan menyuruh mereka berbaris juga sangat menakutkan. Mereka dikerah dengan kasar, jika lambat atau enggan menurut kata, mereka pasti dimarah dan ditampar di bahagian belakang badan.
.
Anak-anak jagaanku hanya menurut sahaja arahan Cikgu Aini dan Nora. Seperti ayam berak kapur, tunduk dan mengikut sahaja.
.
“Berbaris elok-eloklah, kenapa bengkang bengkok? Kalau degil sangat cikgu panggil Puan Bad, baru padan muka awak!” Bentak Cikgu Nora.
.
Anak-anak ini tahu, jika dikehendaki mengadap Puan Bad, bermakna akan disoal siasat, dimarahi, ditampar dan perlu mendengar leteran panjang.
.
“Hahahaha, kan bagus macam ini, ikut cakap cikgu, semua selamat. Ini kem tahanan, faham? Cuba duduk diam-diam. Tak payah bergerak sana sini. Pandang je TV tu,” kata Cikgu Aini dalam nada tinggi.
.
Aku tunduk. Tidak tahu bagaimana mahu menegur cara didikan guru-guru muda itu. Mereka masih muda, berusia 22 tahun dan cantik rupa paras. Namun, akibat sering membentak, menjerit dan marahkan murid, hilang sudah semua yang molek dan indah.
.
“Kenapa Aini selalu marah-marah, tak penat ke? Kasihan kat budak-budak ni, selalu kena marah,” aku cuba memancing perbualan dengan Aini.
.
“Aini sebenarnya tak suka nak marah-marah cikgu. Tapi kalau kita tak disiplinkan budak macam ini, Puan Bad marah kepada kita pula. Dia tuduh kita manjakan budak-budak, bagi muka dan rosakkan mereka. Pada dia, cara terbaik nak bentuk budak-budak ni ialah dengan pukul, rotan dan marah. Saya ikut sahaja kehendak boss.”
.
“Masa saya mula-mula datang sini, saya juga macam cikgu, takut-takut dan tertekan tengok budak-budak kena pukul. Dah setahun di sini, saya pun dah ikut acuan Puan Bad. Seronok pula tengok budak-budak takutkan kita, ikut sahaja arahan, tak pening kepala nak jaga mereka,” jelas Cikgu Aini sambil ketawa kecil.
.
Denyutan jantungku pantas, panas dadaku mendengar kata-kata Cikgu Aini.
.
Tiada padang permainan di tadika ini. Barang mainan juga sangat terhad. Puan Bad sangat menekankan soal akademik. Pada pendapatnya, anak-anak tidak perlu bermain kerana mereka perlu menguasai kemahiran membaca menulis mengira pada umur 6 tahun. Ini janji beliau kepada semua ibu ayah pada hari pertama persekolahan.
.
“Main, mainnnn, maaaaiiinnnn je yang kamu tahu? Kenapa awak biarkan budak-budak ni pijak kepala awak? Ajar mereka membaca sekarang. Berhenti mewarna. Kemaskan meja dan bersedia untuk baca buku!”
.
“Saya kasihan tengok budak-budak ini belajar dari awal pagi, Puan. Saya fikir selepas Asar ini bagus biarkan mereka bermain dan berlari dengan kawan-kawan. Bagi keluar peluh dan rehatkan minda,” aku menjawab dengan teragak-agak.
.
“Tak payah. Ini sekolah, bukan tempat bermain. Saya dah janji dengan ibu ayah mereka. Di tadika ini, semua murid mesti boleh membaca, mengira dan menulis dengan baik. Nak bermain di rumah, bukan di sini.”
.
“Cikgu baru lagi di sini. Tak faham lagi cara kerja yang betul. Kalau budak-budak ini tak ikut arahan, boleh pukul dan cubit, tetapi jangan sampai meninggalkan kesan merah-merah. Kalau ada kesan, nanti ibu ayah marah kepada saya pula."
.
“Kalau nak kerja di sini, ikut sahaja cakap saya.”
.
Puan Bad benar-benar marahkan aku.
.
Waktu ini, dunia ku rasakan gelap.


Once Upon A Trip

 


 

Yours truly: Adik tak mengantuk ke bawa perlahan je? Steady betul. Kaki tak rasa nak press ke?

 

Drebar : Ok je kak. Mana boleh press, kena saman nanti.

 

Yours truly : Kalau berhemah macam ni pukul berapa boleh sampai KL?

 

Drebar : Pukul 6 sampai. Kak tidur dulu, nanti sedar² dah masuk TBS. Orang tua macam akak ni kena cukup tidur, kang meragam pulak.

 

Yours truly: erkkkk.

  

Sambungan:

 

Drebar : Sorry kak saya gurau je tadi. Saya tengok akak macam mak saya. Tapi mak saya orang kampung je. Akak macam kerja besar2.

Yours Truly : Tak dik. Kerja biasa je. Beg je beso.

Drebar : Kahkahkah




 

Friday, February 25, 2022

Once Upon A Picture

 



It was August 2017. First meeting with new friends at a mamak shop near KLCC.

I was still serving the kindy, but desperately looking for new opportunities.

Truly honored to be part of this new circle of friends. They are lawyers, activist, writers and freelancers.

Kenapa senyum lebih sangat tu, entahlah. Tiba-tiba je camera friendly sangat kan kahkahkah

Once Upon A Grab Chat

 

Grab Bro : Oh, akak kerja kat tahfiz. Bagus tu, akak dapat banyak pahala. Anak saya dua orang belajar di sekolah tahfiz. Seorang umur 16, seorang lagi umur 14. Anak akak sekolah di mana? Tingkatan berapa?

Akak : Anak akak dah kerja, dik. Tak ada yang sekolah dah.

Grab Bro : Eh biar betul kak? Jadi akak dah tua ke? Berapa umur?

Akak : xx tahun. Sebab pakai mask ni dik. Kalau buka mask ni mesti adik lari tengok giginyaaa tinggal duaaaa... lechum lechum lechum oh la laaa.....




Love Yourself First!

 


I destroyed my own happiness at such a young age

By loving someone

More than myself


"Perempuan itu ibaratnya pakaian laki-laki
Menghangatkan di musim hujan
Meneduhkan saat kemarau"









Saturday, February 19, 2022

Ulasan Kelas Blog Penulisan

 

Menulis isi hati yang boleh dilakukan secara santai dan semulajadi, kini perlu dipaksa pula!  Berbagai alasan hadir,  kadang-kala alasan itu datang untuk menyedapkan hati sendiri sahaja.


Sekitar tahun 2017 (tak ingat dah sebenarnya),  ternampak iklan Kelas Blog Penulisan oleh Puan Masayu Ahmad.  Cabarannya ialah menulis setiap hari dan perlu menyediakan buku catatan.  Aduh!  Di zaman canggih,  mengapa perlu berpatah balik kepada cara menggunakan pen dan buku nota?  Dipendekkan cerita,  aku gagal dalam kelas tersebut,  hanyut terus ke laut mati!  Kah kah kah.


Namun, dalam diam aku ikuti juga FB Puan Masayu.  Ternanti-nanti juga bila kelas blog akan dibuka semula.  Hajat di hati ingin menerbitkan ebook mengenai kisah benar #jeritandaritadikamurni.  


Pucuk dicita, ulam mendatang,  cicah sambal belacan alangkah indah!  Puan Zaila buka peluang yang lama dinantikan.


Maka bersengkang mata kerana perlu menulis selama 5 hari tanpa gagal.  Lebih menguji kesabaran ialah apabila ada guru sekolah yang dijangkiti wabak,  maka masa untuk menulis semakin menipis.


Puan Zaila akan 'mengejar' anak-anak murid setiap hari selepas subuh dan akan terus mengingatkan mengenai tugasa yang perlu diselesaikan.


Begitulah hidup.  Perlu diingatkan, dikejar,  ditanya dan dirotan manja supaya kekal berada di atas landasan yang benar, cewahhhh.


Kelas santai-santai,  tetapi berjaya melengkapkan impian yang lama tertangguh.  Thank you Allah for this opportunity. Please let me tell the world about Tadika Murni.  Ease my journey to guide parents to choose the best kindy for their children.  



Monday, February 7, 2022

PARKIA SPECIOSA

 


Sesungguhnya, dalam hidup ini ada banyak pilihan. Pilih untuk tidak makan. Pilih untuk hendak makan
Pilih untuk terpaksa makan. Pilih untuk berpantang makan. Pilih untuk melarang orang lain makan.

Tidak sambal hilang di dunia. Setiap hari pasti menumis. Lagi banyak minyaknya, lagi cantik hasilnya. Bab kolestrol tolak tepi. Sedap diutamakan. Lagi-lagi sambal itu pedas, mengalir peluh, air hidung dan air mata, itulah cabaran sebenar bani Melayu!

Pahit, tapi sedap. Pesta rasa dari semua arah. Sambal udang dinikahkah dengan parkia speciosa, ahh, semoga kenyang hingga terlentang!




KENANGAN SEKOLAH RENDAH

 


Sesuatu yang menarik di sekolah orang putih yang tidak ada di sekolah kebangsaan ialah ada library hour. Aku paling seronok bila tiba library hour. Seawal usia 9 tahun kami perlu pergi ke library selama 40 minit. Buku yang aku sering baca ialah Enid Blyton, Nancy Drew dan Hardy Boys. Aku tenggelam dalam kisah kisah penyiasatan mereka dan teruja melihat mereka menyayangi anjing yang menjadi teman ke mana sahaja.

Cikgu yang bertanggungjawab untuk library hour ialah Mrs. Yeoh. Perawakan beliau besar dan tinggi. Kulitnya halus putih mulus. Rambutnya kerinting besar-besar, elok terletak dan tinggi macam sarang tebuan. Setiap hari Mrs. Yeoh berpakaian seakan tunic tanpa lengan. Tempat beliau di kaunter library, memeriksa buku, urusan pinjaman dan pemulangan buku. Suaranya garau. Aku sering perlu berjengket untuk menghulurkan buku kepadanya kerana kaunter agak tinggi. Ketika urusan pinjaman itu aku amati betul-betul wajah Mrs. Yeoh. ‘Putihnya, licinnya, tingginya rambut cikgu ni”, aku berkata-kata dalam hati. Pasti waktu itu mata ku terbeliak menikmati kecantikan wajah Mrs. Yeoh.

“Girl, girl!”. Suara Mrs. Yeoh garau memanggilku. “Here’s your book, go back and read. Good girl, you like Enid Blyton ha”. Aku tersenyum sahaja. Buku Enid Blyton dimasukkan dalam beg lalu menuju ke kelas.

Di sekolah orang putih ada subjek menjahit. Ketika di dalam darjah tiga aku sudah mula mengenali jahit jelujur, silang pangkah, insang pari dan projek sepanjang tahun ialah “cross stich”. Terasa sangat beruntung berada di sekolah orang putih ini. Aku kurang gemar membuat “cross stitch” kerana perlu mengira lubang-lubang kecil sebelum memulakan tusukan jarum. Setelah siap satu bahagian, perlu mengira lagi sebelum memulakan bahagian lain. Jika tersalah kira, pasti tidak menjadi acuan yang diinginkan.

Aku masih ingat lagi, projek “cross stitch” ialah alas kecil berbentuk empat segi. Projek yang sangat mudah ini mengambil masa agak lama kerana aku perlu menetas semula jahitan kerana tersalah kira. Kain putih menjadi kehitaman macam belacan dan hampir lunyai. Mujurlah guru menjahit ku, Mrs. Maniam bersabar dengan aku yang agak cemerkap ini. Mrs. Maniam ini boleh tahan juga tegas dan garang. Pakaian beliau ke sekolah hanya lah sepasang sari tradisional. Pada zaman tersebut, etika berpakaian untuk guru-guru tidak ketat. Puas juga aku melihat bahagian perut menggeleber Mrs. Maniam. Kadangkala ketiak juga kelihatan. Rambutnya hitam dan tebal disikat rapi. Lidahnya bergulung-gulung apabila bertutur. Aku agak Mrs. Maniam tidak 100% berketurunan India, beragama Hindu. Kulitnya tidak terlalu gelap dan fasih berbahasa Inggeris.

Di bahagian belakang barisan kelas sekolah orang putih ada sebuah pintu kecil untuk laluan murid. Di atas jalanraya tersebut ada “zebra crossing”. Setiap pagi aku kagum melihat kawan-kawan yang dihantar oleh ibu ayah mereka, lalu menggunakan “lintasan kuda belang” kerana aku menaiki bas sekolah. Teringin sungguh menjejakkan kaki di atas garisan hitam putih itu tetapi aku langsung tidak tahu caranya.

Sekolah orang putih ini sangat besar. Ia mempunyai klinik gigi sendiri. Ada 2 orang doktor gigi, seorang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina, dibantu oleh seorang jururawat bernama Asmah. Kelibat Asmah ini paling ditakuti kerana beliau akan masuk ke kelas membawa kad berwarna hijau. Asmah berkulit putih kuning, rambut Asmah ditocang panjang. Apabila Asmah mengetuk pintu kelas, aku berasa gerun kerana takut hendak berjumpa doktor gigi. Kalau doktor berbangsa Cina yang memeriksa ku, tidak lah terlalu takut. Banyak cerita tidak sedap sampai ke telinga kami mengenai doktor berbangsa Melayu.

Apa yang sangat ditakuti, itulah yang datang kepadaku. Suatu hari aku dipanggil ke klinik dan perlu berjumpa doktor berbangsa Melayu. Gigi hadapan ku ditampal. Proses menampal gigi sangat lama dan ngilu. Doktor ini agak kasar. Ketika beliau menampal gigi hadapan ku, alat yang digunakan telah menusuk ke gusi. Beliau sendiri terkejut dan aku menangis kesakitan. Aku disuruh berkumur untuk menghentikan pendarahan gusi. Aku hampir muntah melihat darah dalam sink kecil. Asmah segera menyediakan ‘simen” untuk menampal lubang. Bila dengar bunyi Asmah menumbuk dan mengacau “simen”, terasa sangat lega kerana itu bermakna proses menampal hampir berakhir.

Kurang Ajar!

  "Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”   terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong. ...