Monday, February 28, 2022

Jangan Pangku Budak-budak!

Di sini, sukar sekali merasai kasih sayang antara guru dengan anak-anak. Masih jelas di ingatan bagaimana Cikgu Nora melarang aku memangku Azhar dan membelainya setiap kali selepas waktu Asar hingga Azhar tidur.

“Cikgu, jangan pangku budak-budak, Puan Bad tak bagi buat begitu.”

“Kenapa pula? Salah ke? Aku bingung. Azhar baru berusia empat tahun. Dia mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan gemar datang kepadaku untuk berbual-bual. Biasanya, Azhar akan baring di pangkuanku lalu aku mendodoikannya hingga dia tidur. Sudahlah mereka ini sering dimarahi, nak bermanja dengan cikgu pun dilarang. Dadaku mula panas.

“Puan Bad tak bagi budak-budak ni rapat dengan semua cikgu. Bimbang nanti manja sangat dengan kita.”

“Jadi apa masalahnya kalu budak-budak rapat dengan cikgu? Bukankah kita ini pengganti ayah ibu mereka di siang hari? Memang tugas kita untuk memanjakan mereka. Budak-budak ini berpisah dari ayah ibu mereka sekurang-kurangnya 10 jam sehari. Kita, kita sebagai cikgu inilah yang bertanggungjawab mendidik mereka.”

Kepala dan dadaku terasa panas selepas berkata demikian kepada Cikgu Nora. Hatiku sangat luka mengenangkan ayah ibu yang berhempas pulas mencari rezeki, menghantar anak kesayangan ke Tadika Murni, pastinya dengan harapan tinggi agar anak mereka dijaga dengan baik.

Alangkah hibanya hati mengenangkan semua kebejatan ini. Aku melaluinya setiap hari, namun aku terlalu takut untuk menegur perbuatan Puan Bad dan cikgu-cikgu yang sudah mengikut acuan majikannya.

“Saya perasan cikgu menangis di tadika tadi,” whatsapp Cikgu Siti menjengah ketika hampir tengah malam.

“Yes, I did. I was so hurt because someone told me I’m not suppose to love the kids. Im not suppose to put them to sleep after Asar on my lap. Budak umur 4 tahun tak perlulah takut rezeki jadi mahal kalau tidur lepas Asar.”

“Cikgu dah dapat kerja lain?”

“Belum.”

Soalan ini sering mengundang kesedihan. Pantas terbayang indahnya bilik korporatku dan enaknya duduk di kerusi empuk, seharian menghadap komputer.

“Rezeki ada di mana-mana cikgu, bukan di tadika ini sahaja. Cikgu berhentilah dahulu, kemudian carilah kerja lain,” pujuk Cikgu Siti.

I don’t know why I’m so scared to leave this place. Maybe I’m not scared, maybe it’s my financial responsibilities towards my family.

Kalau aku tinggalkan tadika ini, siapa yang akan menjaga anak-anak muridku? Aku tidak mahu Puan Bad mengambil alih kelasku kerana mereka pasti akan diperlakukan sesuka hati.

I cried myself to sleep, every single night.

No comments:

Post a Comment

Kurang Ajar!

  "Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”   terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong. ...