Sunday, February 27, 2022

Tolong Kami Lari Dari Sini

 

Tanpaku sangka, Cikgu Aini dan Cikgu Nora sudah sangat tertekan dengan kerenah Puan Bad. They have been working long hours with only 1.5 rest day.


"Puan Bad terlalu mengongkong kami. Hendak ke Uptown di hadapan rumah pun perlu dapat izinnya. Dia beri amaran agar tidak keluar dengan teman lelaki. Setiap hari Isnin dia akan lihat rakaman CCTV tadika untuk pastikan kami tidak berpeleseran dengan lelaki. Kami sangat stress. Tidak bebas rasanya."

Aku terdiam. This adds to my existing depression. They are young girls, only 21 years old. Of course they need to window shop or explore the town. Cukup-cukuplah dengan kerja dari selepas subuh hingga hampir maghrib, berilah mereka kebebasan melihat bandar Kuala Lumpur.

"Boleh saya tumpangkan beg ini di rumah cikgu?"
Mereka benar-benar nekad melarikan diri dari Tadika Murni. Tiada perbincangan secara baik dengan Puan Bad, kerana pasti Puan akan marah dan tidak izinkan mereka berhenti kerja.

"Boleh. Tapi bagaimana Cikgu nak lari?"
"Kami dah rancang dengan baik. Cikgu jangan risau. Tumpangkan beg kami sahaja."

Sungguh. Mereka keluar pada petang hari Ahad, pergi tak kembali.

Keesokan harinya, gempar akan 'kehilangan' dua orang guru Tadika Murni.

Cikgu Siti ketakutan kerana sudah disoal siasat oleh Puan Bad. Sebenarnya, aku sudah berkongsi rancangan mereka melarikan diri dengan Cikgu Siti lebih awal.

Selepas solat Zuhur, Puan Bad memanggil aku ke biliknya. Beliau menunjukkan rakaman CCTV yang diambil pada petang Ahad.
Jelas kelihatan aku keluar dari kereta dan mengambil beg Cikgu Nora dan memasukkannya ke dalam bonet kereta.

"Awak tolong mereka itu lari dari sini?" Tinggi dan keras suara Puan Bad.
"Tak Puan. Saya ambil baju-baju lama dari Cikgu Nora untuk anak perempuan saya." Meluncur laju pula idea untuk menyelamatkan diriku.

"Saya nampak macam awak tolong mereka lari dari sini. Apa masalah awak sampai awak sanggup bersubahat dengan mereka? Saya akan laporkan perkara ini kepada polis."

Aku langsung tidak takut dengan ugutan Puan Bad. Silakan buat laporan polis. Silakan libatkan pihak polis. Semoga polis akan semak rakaman CCTV dan nampak bagaimana Puan Bad memukul anak-anak muridnya sendiri.

I kid you not.

No comments:

Post a Comment

Kurang Ajar!

  "Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”   terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong. ...