Sunday, March 13, 2022

Beranikah Aku?

 


 

“Ular?  Kenapa Madam Chee panggil begitu?” Laju pula aku membalas whatsapp Cikgu Siti.

 

“Sebab, minggu lepas saya mengadu kepada Puan Bad mengenai Madam.”

 

“Berani pula Cikgu mengadu?” 

 

“Saya panas hati dan geram apabila saya nampak Madam Chee pukul anak murid dia.  Mula-mula saya takut nak beritahu Puan Bad,  takut dia tuduh saya reka cerita.  Tapi saya bercerita bersungguh-sungguh dan berdoa supaya dia percaya.  Mungkin selepas itu dia buka CCTV dan nampak kejadian tersebut, sebab itulah dia yakin akan cerita saya.”

 

“Saya juga selalu nampak Madam Chee pukul budak-budak.  Siap dengan pakej hina bangsa Melayu juga.  Setiap hari,  dia mencebik bila melihat budak-budak makan nasi lemak,  mi atau mihun goreng atau kuih-muih.  Dia mahu semua orang mempunyai selera yang sama dengan dia, iaitu hanya makan buah-buahan waktu sarapan.”

 

“Cikgu Siti,  minggu lepas saya nampak Madam pukul Hamzah sekuat-kuat hati.  Pukul di belakang dan di tapak tangan menggunakan pembaris.  I swear I saw it in front of my eyes.  Saya menangis melihat Hamzah menangis teresak-esak sampai hilang suara.”

 

“Betul ke?  Cikgu dah beritahu Puan Bad?”

 

“Betul.  Saya malas nak tengok muka Puan Bad. Terbayang-bayang iras Pakistannya,  dengan jubah dan tudung labuh juga.  Cukup lah darah saya naik melihat kegilaan tadika ini,  saya tak mahu tambah dengan bersemuka dengannya.”

 

“Cikgu mesti beritahu dia.  Sekurang-kurangnya dia tahu duduk perkara.  Walaupun dia akan tetap menjadi kesayangan bos,  biar dia tahu Madam Chee tu memang haprak.”

 

Malam itu,  wajah Hamzah yang menangis, ternganga-nganga kesakitan menghantuiku,  hingga kini. 

 

Wajah bengis Madam Chee bangsat yang seronok memukul anak-anak muridnya juga masih jelas di mataku. 

 

Adakah aku berani mengadu kepada Puan Bad mengenai ‘side-kick’nya memukul Hamzah?

No comments:

Post a Comment

Kurang Ajar!

  "Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”   terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong. ...