Wednesday, March 16, 2022

Kurang Ajar!


 

"Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”  terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong.

 

“Mengapa saya kena ganti?  Saya tak makan sedikit pun.  Ibu Faris pesan kepada saya,  ini biskut Faris dan dia boleh kongsi dengan kawan-kawan,”  tegas suaraku,  berlawan beliak mata dengan Puan Bad.

 

“Takkan sampai habis?  Kalau ibu Faris bertanya mengapa biskut anaknya terlalu cepat habis,  apa saya nak jawab?  Saya dah suruh awak simpan tin ini di rak buku awak,  mengapa awak tak ikut cakap saya?  Awak letak di dapur,  memang lah cepat habis.”

 

“Puan,  rak itu namanya rak buku, bukan rak biskut.  Lagipun semut akan datang menghurung kalau tin ini berada dalam kelas.”  Aku masih mampu berfikir dan menjawab dengan ketenangan.

 

“Kalau dah tahu ada semut,  letakkan sedikit minyak di tin itu,  semut tak boleh hurung.  Saya nak awak ganti biskut yang habis ini, sebelum ibu Faris bertanya.”  Mata Puan Bad masih terbeliak,  suaranya sudah semakin tinggi.

 

Okay I’m now in a sharp mood to put up a fight.  Jacobs biscuit is not cheap you know.  And with this small salary,  I honestly can’t afford to buy a fresh one. 

 

FIGHTER MODE ON!

 

“Apa pasal saya kena ganti?  Saya tak akan ganti satu sen pun.  I will talk to Faris’s ibu myself.  Nak jadi apa, lantak lah.  Saya tak takut dengan mana-mana parents.  Dah budak-budak tu makan,  what can I do?  Biskut mahal dan sedap, memanglah budak-budak suka.  Saya tak akan ganti.”

 

Aku beri jelingan berapi meletup-letup.  Suaraku sangat tinggi sampai budak-budak pun terkejut.

 

Nice Saziyan! Good job!  Don’t let anyone step on your head like a bunch of pak choy.

 

Proud of myself.  Actually, I was shaking because I believe I must respect her as my boss and someone who is older than me.

 

Tapi,  kadang kala kita perlu kurang ajar.  Perlu biadab.  Perlu tegas. 

 

Puan Bad tersentak dan melangkah laju ke biliknya.

 

“Panggillah mereka pulang,  ayah nak ajar tentang kurang ajar, jadi mereka,  tak akan dimomok lagi.”


Song By M Nasir - Anak-anak Kita

Sunday, March 13, 2022

Beranikah Aku?

 


 

“Ular?  Kenapa Madam Chee panggil begitu?” Laju pula aku membalas whatsapp Cikgu Siti.

 

“Sebab, minggu lepas saya mengadu kepada Puan Bad mengenai Madam.”

 

“Berani pula Cikgu mengadu?” 

 

“Saya panas hati dan geram apabila saya nampak Madam Chee pukul anak murid dia.  Mula-mula saya takut nak beritahu Puan Bad,  takut dia tuduh saya reka cerita.  Tapi saya bercerita bersungguh-sungguh dan berdoa supaya dia percaya.  Mungkin selepas itu dia buka CCTV dan nampak kejadian tersebut, sebab itulah dia yakin akan cerita saya.”

 

“Saya juga selalu nampak Madam Chee pukul budak-budak.  Siap dengan pakej hina bangsa Melayu juga.  Setiap hari,  dia mencebik bila melihat budak-budak makan nasi lemak,  mi atau mihun goreng atau kuih-muih.  Dia mahu semua orang mempunyai selera yang sama dengan dia, iaitu hanya makan buah-buahan waktu sarapan.”

 

“Cikgu Siti,  minggu lepas saya nampak Madam pukul Hamzah sekuat-kuat hati.  Pukul di belakang dan di tapak tangan menggunakan pembaris.  I swear I saw it in front of my eyes.  Saya menangis melihat Hamzah menangis teresak-esak sampai hilang suara.”

 

“Betul ke?  Cikgu dah beritahu Puan Bad?”

 

“Betul.  Saya malas nak tengok muka Puan Bad. Terbayang-bayang iras Pakistannya,  dengan jubah dan tudung labuh juga.  Cukup lah darah saya naik melihat kegilaan tadika ini,  saya tak mahu tambah dengan bersemuka dengannya.”

 

“Cikgu mesti beritahu dia.  Sekurang-kurangnya dia tahu duduk perkara.  Walaupun dia akan tetap menjadi kesayangan bos,  biar dia tahu Madam Chee tu memang haprak.”

 

Malam itu,  wajah Hamzah yang menangis, ternganga-nganga kesakitan menghantuiku,  hingga kini. 

 

Wajah bengis Madam Chee bangsat yang seronok memukul anak-anak muridnya juga masih jelas di mataku. 

 

Adakah aku berani mengadu kepada Puan Bad mengenai ‘side-kick’nya memukul Hamzah?

Saturday, March 12, 2022

Cikgu "Racist!"

 Di Tadika Murni, ada seorang guru berbangsa Tionghoa yang menjadi kesayangan dan kebanggaan Puan Bad. Berumur 55 tahun, berbadan besar, suara seakan halilintar dan yang paling Puan Bad sukai, Madam Chee seorang yang garang.


Jarang sekali Madam Chee bermesra, senyum, bermain-main dengan semua anak-anak Tadika Murni. Objektif wanita ini hanya satu, iaitu semata-mata mengajar. Dia tidak endah jika anak muridnya tiada makanan untuk bersarapan. Jika anak-anak membawa sarapan berat seperti nasi lemak, mihun/mi/kueytiau goreng, beliau akan mencebik dan mengatakan “you makan sahaja banyak, makan minyak-minyak, belajar tak mahu, bodoh”.

Kerana kelasku bersebelahan dengan kelas Madam Chee, aku tahu setiap inci perlakuannya. Seringkali dia marah kepada anak muridnya yang makan nasi lemak lalu tertumpah sambal di atas meja belajar. Seawal usia 6 tahun mereka dibentak-bentak untuk membersihkan meja. Dihukum tidak boleh bersarapan juga perkara biasa, kerana beliau marahkan anak murid yang tidak boleh membaca atau tidak membuat “homework”.

“Adam, mari masuk kelas cikgu. Makan biskut ni.” Perlahan-lahan Adam masuk ke kelasku, takut dimarahi Madam Chee.

“Cepat, siapa belum makan, datang sini ambil biskut.” Apabila Madam Chee pergi ke dapur, aku cepat-cepat mengajak muridnya mengambil biskut dari kelasku.

Aku juga ketakutan, kerana Madam Chee adalah “side kick” terkuat Puan Bad. Aku membayangkan diriku seperti tikus tanah yang jatuh ke dalam longkang. Sudahlah bulu badan habis basah, berbau busuk pula. Tak mampu nak buat apa-apa untuk menolong anak-anak Tadika Murni.

Mengapa tadika yang gah ini menyimpan seorang guru seperti Madam Chee? Dia juga seorang yang ‘racist’. Kadang kala aku terdengar dia memarahi anak-anak muridnya dengan kata-kata kesat terhadap orang Melayu.

“You orang Melayu ha, sangat malas. You makan saja tahu, belajar bodoh. Ini macam pun tak tahu ka? You duduk rumah buat apa? Tidur saja kah?”

Aku yakin Puan Bad faham benar kelakuan Madam Chee. Namun pada pendapatku, Puan Bad juga kurang berani untuk menegur kesalahan “side kick” nya itu.

Puan Bad pun sama, tunduk patuh dengan Madam Chee.

“Dia panggil saya ular.” Whatsapp Cikgu Siti menjengah lagi ketika hampir tengah malam. Inilah satu-satunya cara untuk kami berkomunikasi dengan bebas dan selamat.

Ya, di Tadika Murni, cikgu-cikgu tidak boleh berbual sesuka hati kerana sentiasa berada di bawah pengawasan Puan Bad dan konco-konconya.


Kurang Ajar!

  "Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”   terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong. ...