Sunday, February 27, 2022

Cikgu Tak Ajar Ke?

 Cikgu Siti : “Cikgu tak cari kerja lain ke?”


Yours truly : “Saya dah cari di merata tempat, satu pun belum dapat lagi, mungkin kerana saya dah tua."

Cikgu Siti : “Tapi Cikgu banyak pengalaman. Mesti senang dapat kerja dan gaji yang lebih besar. Saya tak sangka Teacher sanggup kerja di sini. Tadika ini tak sesuai untuk Cikgu.”

Malam itu, aku memberanikan diri menghantar mesej kepada Cikgu Siti, kerani di Tadika Murni. Dia meluahkan perasaannya yang sangat tertekan bekerja dengan Puan Bad.

Aku pula semakin bingung kerana masih tiada tawaran bekerja. How I miss my own big room, my very own white table and my leather chair. Bilikku sentiasa sejuk dan nyaman berbanding tadika yang sentiasa meleleh peluh kerana tiada pendingin hawa.

Puan Bad : “Cikgu, kenapa Iman masih belum boleh membaca? Cikgu tak ajar dia ke?”

Yours truly : “Dia masih belum biasa dengan kaedah yang saya gunakan. Saya gunakan kaedah fonik. Iman masih di Buku 1 tetapi nampaknya dia bersemangat nak belajar.”

Puan Bad : “Cikgu tak ajar dia mengeja kah? Macam mana budak-budak ni nak pandai? Tak payahlah cikgu ajar guna fonik. Lambat sangat budak-budak nak faham.”

Yours truly : “Fonik lebih mudah faham, Puan. Dan kanak-kanak boleh ‘enjoy’ sambil membunyikan suku kata. Bila mereka ‘enjoy’, mereka tidak stress dan mudah ingat. Saya nak cadangkan semua guru di tadika ini gunakan kaedah fonik.”

Puan Bad : “Baik. Saya bagi Cikgu 2 bulan untuk buktikan kaedah ini lebih bagus dari mengeja. Kalau Cikgu berjaya, barulah saya percaya cakap Cikgu.”

Yours Truly : “Saya tak boleh buat seorang diri, Puan. Dan saya perlu hadiri beberapa siri ‘training’ supaya saya boleh kongsi cara yang betul.”
.
Puan Bad : “Buatlah dulu. Saya tak pernah hantar cikgu-cikgu pergi training.”

Yours truly : “Puan, kita tak boleh paksa budak-budak ni membaca. Pada umur 4 tahun, perkembangan otaknya tak sama dengan otak budak 6 tahun.”

“Macam ni Puan, kita ambil contoh anak umur 2 tahun. Kita tahu keupayaan kaki dan tangannya. Kita tak boleh suruh dia berlari tawaf satu padang. Begitu juga otak dia, Puan.”

Masam muka Puan Bad. Puas hatiku dapat ‘sekolahkan’ si tua di hadapanku ini.

Puan Bad : “Awak nak mengajar saya ke? Sekarang saya nak tanya cikgu. Tadika Murni ni siapa yang punya?”

Sungguh tidak ku jangka akan diajukan dengan soalan begini.

Puan Bad : “Jawab! Tadika Murni siapa punya?”

Yours truly : “Puan Bad yang punya. Tangan dan kakiku terasa sejuk. Bulu romaku meremang.”

Puan Bad : “Kalau dah faham begitu, ikut cakap saya.”

Malam itu aku mencurahkan perasaan kepada Cikgu Siti melalui whatsapp. Kami berkongsi rasa.

Yours truly : “Saya rindukan suasana korporat. Saya tak suka mengajar.”

Cikgu Siti : “Saya pun tak sangka cikgu sanggup kerja di sini. Cikgu kan seorang sekretari? Kenapa cikgu kerja di sini?”

Yours truly : “Saya perlu menyara kehidupan keluarga.”

Cikgu Siti : Tapi cikgu, Puan Bad selalu puji-puji cikgu. Dia kata cikgu bagus mengajar, dan budak-budak pun sukakan cikgu. Cikgu ni bagus. Jadi sekretari boleh, mengajar pun orang suka.

Tidurku semakin terganggu. Imej Puan Bad memukul kanak-kanak, pembantu tadika memaksa anak-anak makan sayur, hinaan, ejekan, “body shaming” tangisan dan wajah anak-anak yang ketakutan, terpampang jelas di mataku hingga hampir waktu subuh.

Mental dan fizikalku semakin sakit.

No comments:

Post a Comment

Kurang Ajar!

  "Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”   terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong. ...