Sunday, February 27, 2022

 "Makanlah roti awak tu, jangan terkebil-kebil depan rezeki!” Puan Bad memarahi Afrina kerana tidak mahu makan roti yang dibekalkan oleh ibunya. Cikgu Intan penyokong tegar Puan Bad mencebik-cebik mukanya. Mengapa dia pula yang terkesan dengan situasi ini, aku tidak faham.

 

“Afrina, makanlah. Gigit sedikit sahaja pun tak apa, asalkan tak kena marah. Makanlah.” Aku berbisik kepada Afrina. Aku sudah membayangkan Puan Bad akan naik angin sebentar lagi.

 

Anak itu masih merenung sahaja roti yang disapu mentega kacang. Aku tahu dia tiada selera makan kerana sudah biasa dibekalkan nasi lemak, mihun goreng atau pau pedas.

 

"Makan cepat, jangan buang masa. Kenapa awak ni?” Puan Bad sudah naik berang dan menampar lengan Afrina.

 

Afrina tunduk sahaja menahan sakit, langsung tidak menangis.

 

Dadaku terasa panas. Kerongkongku terasa dicucuk-cucuk kerana menahan marah dan kesedihan. Air mata ku mengalir perlahan.

 

Puan Bad dan Cikgu Intan berlalu dengan angkuh.

 

Mengapa aku tidak melawan kegilaan Puan Bad?  Mengapa aku melihat sahaja perlakuannya?

 


No comments:

Post a Comment

Kurang Ajar!

  "Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”   terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong. ...