Saturday, February 19, 2022

Ulasan Kelas Blog Penulisan

 

Menulis isi hati yang boleh dilakukan secara santai dan semulajadi, kini perlu dipaksa pula!  Berbagai alasan hadir,  kadang-kala alasan itu datang untuk menyedapkan hati sendiri sahaja.


Sekitar tahun 2017 (tak ingat dah sebenarnya),  ternampak iklan Kelas Blog Penulisan oleh Puan Masayu Ahmad.  Cabarannya ialah menulis setiap hari dan perlu menyediakan buku catatan.  Aduh!  Di zaman canggih,  mengapa perlu berpatah balik kepada cara menggunakan pen dan buku nota?  Dipendekkan cerita,  aku gagal dalam kelas tersebut,  hanyut terus ke laut mati!  Kah kah kah.


Namun, dalam diam aku ikuti juga FB Puan Masayu.  Ternanti-nanti juga bila kelas blog akan dibuka semula.  Hajat di hati ingin menerbitkan ebook mengenai kisah benar #jeritandaritadikamurni.  


Pucuk dicita, ulam mendatang,  cicah sambal belacan alangkah indah!  Puan Zaila buka peluang yang lama dinantikan.


Maka bersengkang mata kerana perlu menulis selama 5 hari tanpa gagal.  Lebih menguji kesabaran ialah apabila ada guru sekolah yang dijangkiti wabak,  maka masa untuk menulis semakin menipis.


Puan Zaila akan 'mengejar' anak-anak murid setiap hari selepas subuh dan akan terus mengingatkan mengenai tugasa yang perlu diselesaikan.


Begitulah hidup.  Perlu diingatkan, dikejar,  ditanya dan dirotan manja supaya kekal berada di atas landasan yang benar, cewahhhh.


Kelas santai-santai,  tetapi berjaya melengkapkan impian yang lama tertangguh.  Thank you Allah for this opportunity. Please let me tell the world about Tadika Murni.  Ease my journey to guide parents to choose the best kindy for their children.  



2 comments:

  1. Alhamdulillah berjaya selesai. Saya doakan penulisan tentang tadika murni dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. Penulisan puan mengesankan. Semoga terus menulis.

    ReplyDelete

Kurang Ajar!

  "Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”   terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong. ...