Sunday, February 6, 2022

JIKA KAU BUKAN ANAK RAJA ATAU ANAK ULAMA' BESAR, MENULISLAH

 

Bercakap tentang menulis sebagai ubat dalam hantaran minggu lalu,  Imam Al-Ghazali ada menyebut, bahawa "jika kau bukan anak raja atau anak ulama' besar,  menulislah."


Menulis juga sebagai “serang balas” terhadap kata-kata nista yang dilemparkan.  


Sebagai orang miskin yang tiada apa-apa boleh dibanggakan, cukup mudah untuk orang sekeliling mengejek, mengata nista dan memfitnah.  Yang paling pedih ialah yang mengejek itu di kalangan saudara mara sendiri.  


Jika ada rakan-rakan yang baca hantaran saya sekitar tahun lalu, ada beberapa hantaran cerpen mengenai cinta tak kesampaian dengan seorang penyanyi lelaki. 


Berikutan hantaran tersebut,  ada yang mengejek, kononnya yours truly patut lebih fokus kepada menjaga keluarga sahaja, dan “jangan sibuk bercinta di FB.” 


Yours truly was badly damaged by her remarks and I stayed away from FB for a few months, nursing my wounds. 


5 tahun lalu,  hidup yours truly sangat kucar kacir ketika bekerja di Tadika Murni, hingga menyebabkan depression dan trauma.  


Semoga segala yang terbuku di hati akan diluahkan dengan berhalus lagi berseni.  


"Serang balas"  secara sopan gituhhhh:)




No comments:

Post a Comment

Kurang Ajar!

  "Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”   terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong. ...