Keldai yang Insaf
Ahmad tinggal di sebuah kampung bernama Kampung
Jaya. Di kampung tersebut, Ahmad
dikenali sebagai seorang peniaga yang berjaya.
Ramai orang kampung berbelanja di kedai runcitnya yang menjual rempah ratus,
beras, biji kopi dan daun teh.
Setiap hari,
Ahmad berusaha mengembangkan perniagaannya.
Dia sentiasa berbincang dengan rakan-rakan niaganya, supaya dia dapat
ilmu baru bagaimana menambah barangan di kedainya.
“Kau pergi
ke Kampung Hulu, aku dengar terdapat banyak bekalan garam bukit di situ,”
cadang Pak Atan sambil menghirup kopi.
“Apa asal
usul garam itu Pak Atan?” soal Ahmad sambil menopang dagunya.
“Garam
bukit tu, berasal dari Pakistan, dekat India,” balas Pak Atan.
Setelah
enam bulan menjual garam bukit di Kampung Jaya,
perniagaan Ahmad semakin maju.
Dia memerlukan seekor keldai untuk membantunya mengangkut bekalan garam
ke Kampung Indah pula.
Keldai Ahmad
diberi nama Kuat. Setiap hari, Kuat
diberi makan dan minum secukupnya kerana dia perlu membawa banyak barang jualan. Ahmad sangat sayangkan keldainya dan berharap
Kuat rajin bekerja.
Jalan
menuju ke Kampung Indah agak mencabar
kerana perlu menyeberangi sebatang anak sungai.
Ahmad berpesan kepada Kuat supaya sentiasa berhati-hati. Jika berjalan tergopoh gapah, Kuat akan tersadung batu di dalam sungai dan pasti akan terjatuh.
“Aduh! Tolong saya tuan! Kaki saya tersepit di celah
batu,” jerit Kuat.
“Saya dah
pesan, jangan tergopoh gapah. Sekarang garam dah habis basah. Garam ini menyerap air. Guni ini akan menjadi ringan sebab garam sudah
larut dalam air. Rugi kita!”
Kuat berasa
sangat gembira kerana beban garam di belakangnya menjadi ringan.
“Kalau begini,
bagus aku terjatuh dalam air setiap hari.
Pasti ringan belakangku dan tidak terasa penat,” bisik Kuat sendirian.
Keesokan
harinya, Kuat membawa empat guni garam
bukit menuju ke Kampung Indah. Apabila
tiba di anak sungai tersebut, Kuat
sengaja menjatuhkan dirinya di dalam air.
“Tolong! Tolong saya tuan! Saya terjatuh!” Kuat sengaja meringkik dengan nyaring dan
berpura-pura menangis. Begitulah lakonan
Kuat sehingga tiga hari berturut-turut. Hatinya
puas kerana tidak perlu membawa guni yang berat.
Ahmad
berasa curiga dengan kejadian yang menimpa Kuat. Dia mengesyaki Kuat sengaja menjatuhkan
dirinya. Namun, Ahmad tidak mahu menuduh
tanpa usul periksa.
“Kali
ini, kamu perlu berhati-hati. Hari ini kita akan menghantar garam bukit ke
Kampung Seri. Ada sebatang sungai yang
perlu diseberangi.”
Kuat berasa
hairan kerana guni di belakangnya sangat ringan.
“Wah, bagusnya tuan aku, ringan pula guni kali ini,” bisik Kuat sambil tersenyum.
Apabila
tiba di sungai, Kuat sengaja menjatuhkan
dirinya.
“Tuan! Tolong saya!
Tolong!” Kuat menjerit kesakitan.
“Ah, jatuh lagi?
Kali ini kamu cuba bangun sendiri.” Ahmad tidak membantu Kuat untuk bangun.
Kuat memaksa
dirinya untuk bangun.
“Tuan! Saya tidak boleh bangun! Guni ini terlalu berat daripada biasa.”
“Garam akan
larut di dalam air. Itulah sebabnya kamu
merasa guni menjadi lebih ringan setelah kamu jatuh di dalam sungai.”
“Kali ini, kamu
tidak membawa garam bukit. Di dalam guni
ini ialah kapas. Kapas menyerap dalam air. Kerana itulah belakang
kamu semakin berat,” jelas Ahmad.
“Jangan bercakap
bohong wahai Kuat. Kamu akan rugi dan
kehilangan kawan jika kamu tidak bercakap benar.”
Kuat
insaf. Dia berjanji akan bekerja dengan
rajin dan jujur.
No comments:
Post a Comment