Sunday, February 6, 2022

JUTAAN PURNAMA - ALYAH

 


Orang “auditory” sentiasa perlu mendengar muzik, tak kira dalam apa jua situasi, terutamanya ketika bekerja.

Tanpa muzik, kerja jadi perlahan dan mungkin langsung tidak  mahu buat kerja.  (melampau kan?)

 

Malam tadi,  tiba-tiba YouTube mengeluarkan video Jutaan Purnama nyanyian Alyah.  Yours truly sangat “selective” dalam memilih lagu.  Penyanyi tersohor Malaysia tidak ada dalam senarai.  Suaranya terlalu common.  Kenapa minat suara Alyah?  Sebab suaranya husky,  tegas dan jelas.

 

Lakonan dala video ini terlalu sempurna.  Solekan Alyah semasa berbaju serba hitam dari tema “nude”, which suits her well.  Nampak semulajadi dan tidak terlalu mencuba. 

 

Dengar sebutan Alyah ‘taruhkan’  pada rangkap awal.  Bayangkan ‘perjuangan’ penyanyi  ini menghela dan melepaskan nafas sambil menghayati lirik lagu sepenuhnya.

 

Lagu ni best kalau dengar masa frust dengan boyfriend.  Sengaja nak tambah lagi kesedihan tu kan?  Alyah ni memang dah ‘ikat’ Remy Ishak untuk video-video rasmi agaknya.  Kacak juga RI ni. 

 

“Sayang,  saya janji akan setia pada awak, hingga ke akhirnya.”  (Suara tu kena lah tertahan-tahan supaya nampak benar-benar bersalah kan?)

 

“Saya cuma takut kehilangan awak, saya tak mahu kehilangan awak lagi.” (Suara menahan tangis, penuh harapan, takut kena tinggal lagi)


Merembes sangat drama ni.

 

Dah, dah,  balik ke dunia nyata.  Tu semua lakonan dan rekaan semata-mata. 


Okay,  ulang dengar buat kali ke tiga puluh sembilan kuasa dua.  Kah kah kah.







No comments:

Post a Comment

Kurang Ajar!

  "Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”   terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong. ...