Saziyan Ayeop
Selamanya seorang murid
In the name of Allah, the most merciful, the most compassionate
Berbicara mengenai diri sendiri adalah sesuatu yang paling dielakkan. Terasa tiada apa yang istimewa untuk dibicarakan. Namun dalam jiwa dan sanubari, menggelodak jutaan perasaan yang amat perlu diluahkan melalui tulisan.
Seumur hidup saya, hanya tugas sebagai setiausaha wujud dalam kamus hidup. Kerjaya ini sudah sebati dalam diri saya mulai tahun 1992 hinggalah 2016.
Menjadi guru bukanlah sesuatu yang saya sukai. Saya kurang sabar berada dengan kanak-kanak sepanjang hari. Saya ini "desk job person" iaitu seseorang yang menguruskan hal ehwal pejabat, bukan berada di dalam kelas sepanjang hari.
Namun, akibat pergolakan politik di Turki pada tahun 2016, saya kehilangan kerja dalam sekelip mata. Beberapa bulan kemudian, saya terpaksa menjadi guru tadika demi kelangsungan hidup. Di situlah bermula detik-detik hitam apabila saya lihat kanak-kanak dibentak, dimarahi dan dipukul tanpa rasa belas kasihan.
Memasuki tahun 2019, saya kembali menjadi seorang setiausaha di sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur. Disangkakan panas hingga petang, rupanya hujan di tengahari. Pengetua sedia ada telah meletakkan jawatan tanpa notis, maka saya telah dilantik menjadi Pengetua sekolah, bak kata orang, Pengetua "bidan terjun".
Setelah tiga tahun memegang jawatan Pengetua, saya kini bertugas sebagai Pembantu Eksekutif di sebuah sekolah tahfiz.
Menulis cerpen adalah salah satu cara saya melegakan tekanan. Antologi cerpen yang telah dicetak bertajuk Lelaki Khazanah Cinta (tajuk cerpen Impian Apak) dan sebuah cerpen lagi masih dalam proses penyuntingan.
Salam perkenalan Puan Saziyan. Mudah-mudahan ilmu dan pengalaman Puan dalam bidang kesetiausahaan dan pendidikan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang membaca.
ReplyDeleteMasya-Allah puan. Kita sama kumpulan dalam Legasi Abah, kah? Saya dari Lelaki Pawana Cinta. Nanti saya nak semak buku Lelaki Khazanah Cinta 😍 Salam perkenalan, puan.
ReplyDelete