Monday, February 7, 2022

BERAPA GAJI KAMU?

 



 

Kah kah kah… betul sangat ni.  Kita sering menyalahkan orang muda kerana tidak mahu berkenal-kenalan dengan orang lebih tua.  Tidak mahu datang kenduri kendara,  tidak mahu ziarah menziarahi saudara mara.

 

Yours truly pernah muda. Pernah terkinja-kinja.  Carefree.  Lepas bebas.  Namun apabila dijemput hadir majlis saudara mara, seboleh-bolehnya tak mahu hadir. 

 

Antara sebab utama ialah mulut makcik pakcik yang berlubang 18.  Macam main golf pula bunyinya.  Kalau anak saudara tu baru kerja,  ditanya tentang gaji bulanan. 

 

“Berapa gaji kamu?”

 

Eh eh  hal gaji sangat sulit, tak boleh diceritakan kepada sesiapa pun.  Hanya mesin ATM lebih mengetahui.

 

Kalau diberi jawapan “gaji saya RM9000 sebulan makcik.”  (lurus bendul betul anak siapa entah), maka makcik itu dengan mulut terlopong pun cakap,  “ishhhh gaji besar macam tu kenapa tak beli kereta.  Tak malu ke pangkat tinggi tapi naik LRT?”

 

Muncul pula anak saudara dari jauh.  Ditanya lagi oleh makcik mulut lopong  “dah lama guna kereta Proton ni,  tak teringin ke nak beli kereta besar sikit?  Tu, kereta H tu bukan main segak.”

 

MML tu ingat gaji RM9000 hanya untuk beli kereta. Dia ingat gaji macam itu tak payah makan, minum,  bayar sewa rumah, duit minyak,  tol dan hulur kepada mak ayah.

 

Itulah sebabnya anak-anak muda agak liat nak memenuhi jemputan saudara mara (yours truly included).

 

Marilah kita berdoa semoga kita menjadi makcik yang berilmu,  boleh sembang kencang pasal agama,  boleh kongsi ilmu motivasi,  boleh bincang masalah umat dan boleh sedekah dengan banyak.

 

Boleh?

 

 

 

 

 

 

 


1 comment:

  1. Haha. Tergelak baca. Memang realiti. Pernah kena dulu. Saya senyum sahajalah bila ditanya pasal gaji.

    Nak beramah mesra tapi tak kena situasi. Huhu.

    ReplyDelete

Kurang Ajar!

  "Awak kena ganti biskut yang budak-budak habiskan ini,”   terbeliak mata Puan Bad melihat tin biskut kepunyaan Faris sudah kosong. ...